Wednesday, May 16, 2012

TEACHER'S DAY VERSION PART 1

16 mei tiba lagi.. hari guru, hari pendidik, hari cikgu and something like that, yang menjadi satu hari penghargaan untuk seorang insan bergelar guru (walaupun setiap hari guru dah dihargai oleh pelajarnya).. jika di sekolah, sambutan hari guru adalah antara hari yang ditunggu-tunggu kerana pada masa inilah, guru-guru akan menjadi diri mereka sendiri, maksudnya bukan sekadar ‘lakonan’ sebagaimana di dalam kelas.. maksudnya, jika guru yang tegas atau garang di dalam kelas, sebenarnya mereka hanya ‘berlakon’ untuk mengelak daripada kita daripada terlalu ‘hyper’ hingga akhirnya, ‘memijak kepala’ guru tersebut..  sebenarnya, cikgu2 nie sangat ‘caring’,’loving’ & ‘sporting’ seperti ibu bapa kita.. buktinya, bila tiba hari guru, mereka akan bergelak tawa bersama kita bagaikan rakan sendiri.
Aktiviti2 yg dianjurkan, contohnya sukaneka, bola sepak berkain pelekat, bola jaring berkain batik, persembahan & seumpamanya pun disertai dengan hati terbuka walaupun ia adalah permainna yang mudah dan biasa dimainkan kanak2. Contohnya, menyambut belon yg berisi air, kayuh basikal paling perlahan, orang buta & sebagainya. Walaupun ada yang main tipu, tapi ia adalah rencah yg menghidupkan suasana. Segmen persembahan pula, pastinya saat paling ditunggu. Kerana di sinilah kita dapat melihat bakat2 terpendam dalam diri cikgu2 kita. Walaupun di dalam kelas nampak garang, tapi bila nyanyi, smua terpukau. Bila berdikir, semua melopong. Bila berpuisi, semua menghayati. Bila cikgu nyanyi samapai nangis, semua tertanya2.. kenape? Bakpo? Why? Nape?... ermm..ada sebabnya…syyy… kesimpulannya, semuanya dah jadi kenangan kerana bangku sekolah sudah kutinggalkan… 
Kini dunia baruku sudah hampir setahun ku tempuh… dunia seorang pelajar yg bakal bergelar pendidik.. insyaALLAH.. meskipun hanya paksaan pada awalya, namun setelah hampir setahun, perlahan-lahan minat turut bertambah.. dan pada tahun ini, tahun pertama saya menerima ucapan ‘SELAMAT HARI GURU’ daripada sepupu2, rakan2, senior2 di sekolah & cikgu2 sendiri.. perasaan? Pelik.. gurukah aku? walaupun hakikatnya tak begitu pelik cz saya mahasiswi Institut Pendidikan Guru. Tapi.. mungkin ‘feel’ seorang masih belum ada dalam diriku… ‘feel’ dalam pembikinan… terima kasih kpd yg wish, kt fon, kt fb, chat dll.. kak popia hangus, yati, kak na,kak jie, alin, emy dll… moga ucapan2 ini menjadi obor pembakar semangat saya untuk terus menanam minat menjadi seorang GURU untuk menghasilkan guru, doktor, lawyer, dll.. semuanya bermula dari ilmu dari seorang guru biasa… 
Daripada Abu Umamah al-Bahili, Rasulullah SAW bersabda: Sesungguhnya Allah, Malaikat dan Ahli (penduduk) langit dan bumi; hingga semut di dalam lubang dan juga ikan paus (meliputi seluruh haiwan di darat dan di laut) mendoakan kebaikan atas orang yang mengajar perkara yang baik kepada manusia. (HR al-Tarmizi, 300 hadis bimbingan oleh ustaz Zahazan Mohamad)

No comments:

Post a Comment