Wednesday, November 2, 2011

DALAM SUJUD CINTAKU : HALIM

Kau berikanku segala-galanya
dan Kau mengujiku dengan cinta dunia
yang sungguh indah dan
Kau hiaskannya dengan intan permata
dengan jua wanita
dan kedudukan yang memalingkanku
daripada-Mu
Dalam menikmati kurniaan-Mu
tak terucap lafaz terima kasihku
namun untuk jadi yang terbaik
juga masih belum kumampu
Dalam sujud cintaku
fanaku diulit rindu
getirnya cemas di kalbu
takut hidup tanpa redha-Mu
Hanya kerna-Mu Tuhanku
aku hidup dan ku akan
kembali pada-Mu
hanya pada-Mu dalam
sujud cintaku.

Tuesday, November 1, 2011

UJIAN HIDUP : IMAM MUDA

Ketika hidupku tertekan
 Mengaburi pedoman 
Kepada-Nya akan ku pergi
 Untuk mencari bimbingan 

 Ku serah takdir di Tangan-Nya 
Mengukir perjalanan 
Walau ujian hidup melanda 
Ku tabah menerima kerana  

Walaupun tak dikurnia kemasyuran 
Walaupun tak dilimpah kemewahan
 Hatiku tetap akan memuji 
Nama-Mu selalu Ya Rabbi  

Walaupun tak diberi kemakmuran 
Akan ku memanjangkan kesabaran
 Ku tetap syukur pada Illahi
 Kerana mengurniakan nyawa ini  

DIA di hati selalu 
Memberikan ku petunjuk
 Apabila pemandangan samar 
 Biarpun hidup digoda
 Ujian dan pancaroba 
Pasti ada hikmah diakhirnya

Thursday, September 15, 2011

SING, SONG









slepas sekian lama mnyepi cz busy ngan 'kerjaya' sbg pelajar, hari nie rasa sdikit lega cz assignment tggal 1 lagi..:).. tajuk pelajaran kita pada hari ini ialah... bajet cikgu.. 

AFTER RAYA.....

mggu paling sibuk sepanjang berada di ipgksm.. submit assignment.. amali recorder.. amali nyanyian..amali keyboard.. sambutan raya...pertandingan nasyid...

LAGU AMALI..first time nyanyi sorang2 kt depan.. blum nie, tau main2 jep....pdan muka...
ketaq gak na.. apa yg pnting, kerjasama markah.. 12092011 still in my mind..hehehe... 

LAGU KANAK2..

Nenek nenek si bongkok 3..
siang mengantuk malam berjaga..
mencari cuci di mana ada..
nenekku kahwin dengan anak raja..
cucu2 tak dapat lari,
nenek tua banyak sakti,
sekarang nenek nak cari ganti,
siapa yang kena, dia menjadi..

LAGU SEMASA : BIARLAH RAHSIA


Pernahkah kau bermimpi seketika
Berada di tempat ku
Membayangkan pahit manis berlaku
Tak siapa yang tahu

Mungkin nanti kau jua merasakan
Berdepan dengan kata menyesatkan
Tak kan ku melupakan
Tiada pertimbangan

Keheningan malam membalutkan
Kepayahan jiwa meluahkan
Andai kau jujur memahami
Tiadaku menjauhi

*Dan kisahku yang masih panjang
Menambahkan berat yang memandang
Lantasku pendam ku putuskan
Biarlah rahsia
Semakin aku hitung dalam cinta
Tiada kuasa mampu menghalangnya
Hentikan kata-kata bertulangkan dusta






PERTANDINGAN NASYID - 14092011




                                suasana sblum pertandingan.... penonton < kerusi

                                      

                                           nasyid asmaul husna sebelum bersurai




alhamdulillah.. selepas 7 tahun xjoin pertandingan nasyid, akhirnya pd 14092011, sy dapat join lagi pertandingan nie sempena minggu Kefahaman dan Penghayatan Islam IPGKSM 2011.. yang lebih menarik, pertandingan ini dibuat secara tertutup dan hanya dihadiri oleh pelajar-pelajar muslimat shj.. pertandingan bermula area 9.30pm n latihan pertama kami bermula 5 jam sebelum pertandingan cz busy ngan assignment, namun alhamdulillah, kami dapat gak perform walaupun rasa nak tarik diri cz xcukup latihan.. n dapat giliran pertama agy.. nasib2 =D... our song is 'Hanya Tuhan Yang Tahu'.. kali ke-2 prform lagu nie..luv dis song so much..

ku pendamkan perasaan ini...
Ku rahsiakan rasa hati ini...
Melindungkan kasih yang berputik...
Tersembunyi di dasar hati...

Ku pohonkan petunjuk Illahi...
Hadirkanlah insan yang sejati...
Menemani kesepian ini...
Mendamaikan sekeping hati...
[ Lyrics from: http://www.lyricsmode.com/lyrics/u/unic/hanya_tuhan_yang_tahu.html ]
Oh Tuhanku...
Berikanlah ketenangan abadi...
Untukku menghadapi resahnya hati ini...
Mendambakan kasih insan yang ku sayang...
Dihati ini hanya tuhan yang tahu...
Dihati ini aku rindu padamu...
Tulus sanubari menantikan hadirmu...
Hanyalah kau insan pilihanku...

Kerana batasan...
Adat dan syariah...
Menguji kekuatan...
Keteguhan iman...
Insan yang berkasih..









                                      
                                           ..bila vdeo mnjadi gmbar = blur.... 



                                             (REEN..HANIN..FATIMAH..MIA..NANI)

Tuesday, August 2, 2011

LITERATURE : THE TEACHER BY CATHERINE LIM

Teacher marking composition
Getting fed up in a student
of writing composition about family
which are unrelated to the topic
A lot of wrong tenses are made
despite teacher teaches her until she almost went mad
told her repeatedly like a recorder replaying
The more the teacher mark
the student get less mark


The student is as timid as mouse
Shyness causes her fear
To speak up to other about her problem
She cannot cope with her pressure
in the end her last resort
is to commit suicide

The teacher is shocked when news reached to her
a timid girl would not do such foolish thing
Life's journey is a bicycle ride down the hill
once you throw it away
it will never come back
Reality is an enemy and you have to accept the fact
Then the teacher know that
she uses writing to express herself
but it is all too late

Wednesday, July 27, 2011

KETENANGAN - INTEAM







Ujian Tuhan kepada semua insan
Adalah kehidupan ini
Yang baik menjadi tuntutan
Yang buruk dijauhkan


Syurga yang dijanjikan
Bukanlah suatu khayalan
Tentang nikmat berpanjangan Ilahi


Neraka yang tercipta
Menghimpun azab derita
Tangisan kesengsaraan insan


Syurga adalah kelazatan
Terbentang buat hamba beriman
Yang kasihkan Tuhannya
Yang kasihkan Rasulnya
Yang kasih agamanya


Neraka tempat kemurkaan
Angkara kedurjanaan insan
Yang lupakan Tuhannya
Yang lupakan Rasulnya
Yang lupa agamanya


Siapakah yang lebih mulia
Dari mereka yang tidak lupa
Janji Allah adalah kepastian
Dan nikmat syurga adalah indah

Sunday, July 24, 2011

ISTIKHARAH CINTA




Bersaksi cinta diatas cinta
Dalam alunan tasbih ku ini
Menerka hati yang tersembunyi
Berteman dimalam sunyi penuh do'a

Sebut nama Mu terukir merdu
Tertulis dalam sajadah cinta
Tetapkan pilihan sebagai teman
Kekal abadi hingga akhir zaman

Istikharah cinta memanggilku
Memohon petunjukmu
satu nama teman setia
Naluriku berkata

Dipenantian luahan rasa
Teguh satu pilihan
Pemenuh separuh nafasku
Dalam mahabbah rindu

diistikharah cinta..

Monday, July 18, 2011

MEMORI (IPG KSM)







Di sini semua bermula
langkah pertama ke satu dunia
dunia baru yang penuh warna
warna ceria menghias negara

kutinggalkan ayah bonda
demi menggapai harapan semua
kukutip satu persatu ilmu penyuluh jiwa
ku semat erat di dada
bekalan hari muka

IPGSM yang tercinta
jasamu takku lupa
guru bertaraf dunia
pasti akan dikota
IPGSM yang tercinta
kaulah gedung segalanya
mengajarku erti mendidik anak bangsa

kutinggalkan ayah bonda
demi menggapai harapan semua
kusyukuri yang Maha Esa 
di sini kasih tercipta
kasih pada negara danjuga anak bangsa
lambaian tangan kecil di luar sana
pasti akan bersambut 
pabila ku tiba....

Sunday, July 17, 2011

Institut Pendidikan Guru Malaysia



Institut Pendidikan Guru
Kami sentiasa bersedia
Menjulang etika kerja
Berkorban jiwa raga
Menjunjung aspirasi
Bangsa negara tercinta
Berwibawa berintegriti
Keunggulan peribadi
Berteraskan keimanan
Mendidik anak bangsa
Kami bangga menjadi guru
Kerjaya dihormati
Tidak jemu menimba ilmu
Bakti setulus hati dan budi
IPG Malaysia berikrar
Membentuk guru berkualiti
Penyayang berakhlak mulia
Mendokong visi misi IPG

Thursday, February 17, 2011

MENUJU WAWASAN – UNIC


Wawasan diri penuhi dada dengan ilmu
Wawasan agama bekalan masa depan dan akhirat
Kuat usaha jujur dan amanah
Sentiasa mengharap keredhaan ALLAH

Umat islam harus cemerlang hari ini mesti lebih baik dari semalam
Jangan buang masa siapa kata kita tidak boleh
Kita ada Allah Maha Kuasa kita punya kuasa tenaga
Doa sebagai senjata umat islam sentiasa boleh

Umat islam zaman lampau taat perintah rasulullah
Bersama berusaha, bersatu tuju wawasan
Wawasan dunia akhirat

Akidah ibadah harus sempurna
Ibadah tanpa akidah wawasan syaitan
Ulama warisan anbiya’
Pegangan mereka harus diikut
Ajaran sesat wajib hindari

Lagu : Fairuz SUARA FIRDAUS
Lirik : Fairuz SUARA FIRDAUS
Penerbit : Bazli UNIC
Hakcipta : UNIC Records



Sunday, February 6, 2011

KELUARGA BAHAGIA

Senyuman ibunda
Gelak tawa ayahanda
Senda gurau
Pengubat duka
Kasih yang dicurah
Ikatan terbina
Wujudlah keluarga bahagia

Luasnya kasihmu
Kepada diriku
Umpama lautan membiru
Ku pohon padaMu
Wahay Tuhan Yang satu
Balas segala
Bakti mereka
Ayah bondaku

Oh jasamu ibuku
Baktimu ayahku
Berkorban menjamin
Kejayaan

Ku berjanji padamu
Oh ayah dan ibu
Ku kota segala hasratmu

Marilah... semua
Ingati... jasanya
Mendidik dan mengajar kita

Silapnya... dilupakan
Doakan... sejahtera
Moga hidup aman bahagia


sejernih embun pagi setulus kasih 
tiada balasan yang di tentang
keredhaan Allah keredhaan kita

Kasih mereka bawa ke syurga

Wednesday, February 2, 2011

SHARED FROM http://ariffshah.com


[Update 1 Feb 2011] Terima kasih kepada semua atas kerjasama menyebarkan entri ni. Rasanya pihak-pihak tertentu sudah mula menunjukkan inisiatif mereka. Usaha macam ni walaupun nampak mudah, tapi dalam jangkamasa panjang dan kuantiti yang besar dapat memberikan impak yang diharapkan. Semoga semua perancangan untuk membantu rakyat kita berjalan lancar dan semoga mereka semua selamat di sana. Insya Allah.
Bila baca balik rentetan kejadian yang berlaku di Mesir sekarang ni, aku rasa sangat kesian kepada pelajar di sana. Aku faham sangat situasi mereka dan aku rasa apa yang mereka alami sekarang berpuluh kali lebih teruk dengan keadaan di Moscow. Aku juga teringat kepada segelintir pembaca blog.ariff yang juga merupakan pelajar kursus perubatan di Mesir dan juga kawan-kawan seangkatan di MAI ni yang kebetulan menghabiskan masa cuti musim sejuk di sana. Harap mereka semua ni dan seluruh rakyat Malaysia di sana selama.
Inilah nasib pelajar kita yang belajar di luar negara kalau ditempatkan di negara kelas kedua atau ketiga. Aku rasa satu hari nanti kerajaan patut menghentikan daripada menghantar pelajar ke negara-negara yang bermasalah dan hanya menempatkan pelajar di negara maju sahaja. Sebentar tadi aku baru dapat mesej melalui Facebook daripada seorang pelajar Malaysia yang menuntut di Egypt berkenaan keadaan pelajar di sana dan aku rasa mesej ini perlu disampaikan kepada semua supaya kita tahu yang sepatutnya kerajaan kita perlu secepat mungkin menghantar bantuan dan mengeluarkan rakyat kita dari sana.
Salam Ariff, saya Nadia, a student in Egypt.
Ariff, kini saya berada di Malaysia kerana pulang untuk winter break, but when I got home, the condition in Egypt somehow got worse about the Hosni Mubarak thingy. Ramai yang sangka keadaan kat sana adalah okay, mengikut kata Jabatan Penuntut Kaherah Mesir dan Kedutaan Malaysia di sana, but there are parts that they don’t know:
Di tempat saya Mansoura, people got killed on the streets, houses are getting robbed and they are aiming to attack Malaysian students. There are about 6000 prisoners on the streets! Airport dibakar dan anggota polis tidak lagi menjalankan tugas mereka.
Kita memohon supaya kerajaan Malaysia memandang serius hal ini. Bukan sahaja di Mansoura, malah di seluruh Mesir keselamatan rakyat kita terancam.
Segala update berkenaan keadaan di sana boleh dibaca melalui blog Krisis Mesir, Nasib Pelajar Kita
Jika ada cadangan di luar sana untuk membantu kami mendapatkan perhatian kerajaan Malaysia, sila hubungi Nurul Nadia Binti Md Zin di 017-3193923
Atau melalui:
Facebook: Nuvul Nadiva Dizavch
Twitter: DyyaDizarch
Blog: Nadia-ism
YM: nadia_mdzin2001@yahoo.com
Please let all Malaysians know about this. I will do the same but I need your help too especially to all the bloggers out there. May Allah save our citizens there.
- Nadia

KRISIS DI MESIR: APA KHABAR KAWAN2KU?

Bagaimana Mesir boleh jadi begini? rupa2nya rakyatnya merana dengan pimpinan pemimpin mereka.. selama ini aku kabur.. pada fikiranku, Mesir adalah negara yang aman, pusat2 pengajian yang terkenal especially Universiti Al-Azhar yang melahirkan ramai pemuda pemudi yang celik Islam, seterusnya menyebarkan ilmu mereka di tanah air.. ustaz & ustazah ku di sekolah dulu ramai yang pernah menuntut di sini.. semasa di Tingkatan 3, Ustazah Zurina,  guru Bahasa Arab Komunikasi ku, ada menceritakan pengalaman2nya semasa menuntut di sini.. pasal tali, slang.. semuanya masih ku ingat.. aku tengok filem ‘Ketika Cinta Bertasbih’ yang berlatarkan Cairo & beberapa tempat lain yang amat menarik.. aku tengok gambar2 yang di’upload’ rakan2 karibku, Afiqa & Shahizan yang sedang belajar di sana.. emm memang ok kat situ, menarik.. 

Namun, beberapa hari lepas, ‘roommate’ dengar berita. Katanya, ada rusuhan di Mesir.  Pada fikiranku, mungkin rusuhan biasa, macam di Thailand, Indonesia dll.. lagipun, di sini aku jarang baca ‘paper’.. lau rajin aku bukak berita Harian Online.. kalau x, memang aku xtau apa2.. hanya dengar berita2 dari rakan2 je.. 1 Feb, kat dalam lif,  ada 2 orang ‘student’ cakap ada ‘students’ Malaysia kat Mesir dirogol perusuh.. fikiranku melayang kepada 3 orang rakanku di sana, Afiqa, Shahizan & Iman Fatiha.. hampir menitis air mataku.. masa tue, baru aku tau, rusuhan nie, bukan rusuhan biasa…malam tue, aku & ‘housemate’ku, Raziqin ke kafe Kolej Rafflesia & terjumpa rakanku, Fahmi& Azlan.. Nasibah & ‘housemate’nya.. kitorang berborak pasal nie.. malam tue, baru aku tahu bagaimana rusuhan nie bermula..segala2nya kerana perasaan xpuas hati dengan pemimpin mereka.. isu  terputus bekalan makanan, harga kopi RM200 secawan, student Malaysia pulang dengan kos sendiri, kenapa kerajaan Malaysia xpegi ambik students kat sana macam dyorang pergi ambik students Malaysia kat Indonesia mase letusan gunung berapi tahun lepas  dll.. tapi hari ni, 2 Feb, ‘roommate’ku beritahu  yg perundingan untuk bawa balik students susah coz suasana huru-hara di sana.. pasal perintah bergelap, rayuan ibu bapa, bekalan terputus, hubungan terputus, gangguan perusuh, bank tutup & banyak lagi.. aku dapat rasa ketakutan students di sana sekarang..Afiqa, Shahizan & Iman.. hanya doa yang mampu ku hulur agar kalian selamat & terhindar dari perkara2 buruk & dapat pulang segera.. kuatkan semangatmu kawanku..

Ini Sejarah Kita (I.S.K)

Satu malam, ber’venue’kan R1608A di kolej rafflesia UiTM Puncak Alam, Atiqah, salah seorang ‘housemate’ku masuk ke bilikku sambil memegang ‘handphone’ Sony Ericsonnya.. dengan muka seriusnya, dia tanya ‘ korang nak pergi kat program di UiTM Shah Alam x?’.. masa tu, ‘roommate’ku, Farhah & sorang lagi ‘housemate’ku ada kat situ.. “nak..nak..”ramai2 kitorang jawab.. tapi ceramah apa? “ I.S.K…Ini Sejarah Kita.. CITU*  yang anjur”..jawab Atiqah. “sejarah??” mesti ‘boring’.. “CITU anjur??” mesti ‘best’. Mungkin dyorang akan citer tentang diri kita.. inilah telahan pertamaku semasa aku mendengar akronim  I.S.K. lagi satu, inilah peluang untuk aku menjejak kaki ke kampus induk UiTM coz sebelum nie aku hanya melihat dari luar & jumpa kawan yang ‘study’ kat situ. Malam tue, Atiqah daftarkan namaku & ‘housemate’ku yang lain untuk ‘join’ I.S.K.. Tarikhnya 15 & 16 Januari 2011. Tapi, 15 Januari, aku dah janji untuk ‘join’ ‘classmates’ku, Azlin & Cbah ke KL. So, aku putuskan untuk ‘join’ dyorang hari sabtu & I.S.K hari ahad. Malam tu, “Atiqah dah cakap ke program tue akan dibuat di UiTM Puncak Perdana?  19 Jan-20 Jan 2011, brmalam kt sna?”tanya Farhah. ‘oo..yeke? em ok gak.. boleh jumpa sepupu saya sekali lau dia masih kerja kat situ,”jawabku. Hampir2 19 Jan, sekali lagi tempat ditukar.. kali nie di kampus UiTM Puncak Alam plak.. emm ok jugak coz boleh la pergi pasar malam kat Bandar Puncak Alam dulu.. coz program tue mula lpas isyak.. petang tue, bersama2 ‘clasmate’ku, Azlin & Nasibah, ktorang ke pasar malam.. First time aku ke sana.. best gak.. aiskrim potong,  ayam Uncle Bob jadi menu popular kitorang..hehehe.. dan malam tue, lebih kurang 9++ malam, aku bersama2 Farhah, Atiqah & Rafidah (Pdot), berjalan ke Kolej Angsana.. lepas beli2 kat Mini Mart, kitorang naik ke surau Angsana..  bukak pintu je, da ramai akhawat yang dah sampai.. semuanya nampak  alim dengan tudung labuh, baju muslimah.. sejuk hatiku coz susah nak jumpa suasana begini sekarang..  pendaftaran untuk program nie, RM5.. ku tulis,nama, kolej,ID  dengan Kak Izni.. 1 lagi, naqibah.. “ape nie?” tanyaku.. “oo..adik ada join usrah ngan sape2 x,” soal Kak Izni.”xde”..so symbol ”-“ kat situ.. lepas tu aku berkenalan dengan beberapa orang akak yang uruskan program ni.. dyorang cakap, program nie ‘berat’ sikit.. coz ada persoalan yang perlu dijawab di setiap akhir sesi.. aku cuak.. coz memikirkan diriku yang masih cetek dengan ilmu nie..  namun, dengan adanya rakan2ku, dapat menaikkan kembali semangatku.. dan bermula saat tue, bermulalah program I.S.K..  buat permulaan di blog nie, akan kutulis input yang ku peroleh dari program.. sangat2 banyak &menarik.. xrasa rugi langsung walaupun mungkin di saat tu, rakan2ku sedang enak berehat & study coz 20 Jan adalah hari cuti sempena Thaipusam..
 *Pusat Pemikiran & Kefahaman Islam (CITU) UiTM


Saturday, January 29, 2011

Akan Ku Jumpa

Ku mengatur langkahku
Jalan tanpa bayang-bayang Mu
Langit dan bumi setia menemani ku
Matahari menyinar tak pernah berpihak pada ku
Ku kepanasan tanpa perlindungan Mu

Hari berganti hari aku masih teguh menanti
Hadir diri Mu dalam hidup ku ini
Rasa kecewa ada bila kaki kita penat berlari
Namun yakin  Kau kan ku temui
Ku takkan pernah cuba berhenti
Langkah ku mencari cinta
Yang ku tahu hanya tuk diri ku
Kan ku terus cari sampai hujung dunia
Kerna ku tahu akan ku jumpa diri Mu
Dan ku kan terus menempuh mimpi-mimpi ku selalu
Ku lihat semua gembira
Bila mengenali erti cinta
Senyuman ku beri hanya duka
Bila ingin teman tuk berbicara
Cinta jangan sembunyi
Mataku ku kabur mencari
Hadirlah dalam hidup ku ini
Cinta jangan engkau pergi
Bila langkah ku cuba
Untuk mengejar diri Mu

Thursday, January 27, 2011

ADAKAH KAU LUPA??

Adakah kau lupa 
Kita pernah berjaya
Adakah kau lupa
Kita pernah berkuasa

Memayungi dua pertiga dunia
Menrentas benua melayar samudera
Keimanan juga ketaqwaan
Rahsia mereka capai kejayaan

Bangunlah wahai anak bangsa
Kita bina kekuatan jiwa
Tempuh rintangan perjuangan

Gemilang generasi yang silam
Membawa arus perubahan
Keikhlasan hati dan nurani
Ketulusan jiwa mereka berjuang

Sejarah telah mengajar kita
Budaya Islam di serata dunia
Membina tamadun berjaya
Merubah mengangkat maruah..

Assalamualaikum wbt..

MY SECOND BLOG....AFTER THE PREVIOUS ONE...