Wednesday, February 2, 2011

KRISIS DI MESIR: APA KHABAR KAWAN2KU?

Bagaimana Mesir boleh jadi begini? rupa2nya rakyatnya merana dengan pimpinan pemimpin mereka.. selama ini aku kabur.. pada fikiranku, Mesir adalah negara yang aman, pusat2 pengajian yang terkenal especially Universiti Al-Azhar yang melahirkan ramai pemuda pemudi yang celik Islam, seterusnya menyebarkan ilmu mereka di tanah air.. ustaz & ustazah ku di sekolah dulu ramai yang pernah menuntut di sini.. semasa di Tingkatan 3, Ustazah Zurina,  guru Bahasa Arab Komunikasi ku, ada menceritakan pengalaman2nya semasa menuntut di sini.. pasal tali, slang.. semuanya masih ku ingat.. aku tengok filem ‘Ketika Cinta Bertasbih’ yang berlatarkan Cairo & beberapa tempat lain yang amat menarik.. aku tengok gambar2 yang di’upload’ rakan2 karibku, Afiqa & Shahizan yang sedang belajar di sana.. emm memang ok kat situ, menarik.. 

Namun, beberapa hari lepas, ‘roommate’ dengar berita. Katanya, ada rusuhan di Mesir.  Pada fikiranku, mungkin rusuhan biasa, macam di Thailand, Indonesia dll.. lagipun, di sini aku jarang baca ‘paper’.. lau rajin aku bukak berita Harian Online.. kalau x, memang aku xtau apa2.. hanya dengar berita2 dari rakan2 je.. 1 Feb, kat dalam lif,  ada 2 orang ‘student’ cakap ada ‘students’ Malaysia kat Mesir dirogol perusuh.. fikiranku melayang kepada 3 orang rakanku di sana, Afiqa, Shahizan & Iman Fatiha.. hampir menitis air mataku.. masa tue, baru aku tau, rusuhan nie, bukan rusuhan biasa…malam tue, aku & ‘housemate’ku, Raziqin ke kafe Kolej Rafflesia & terjumpa rakanku, Fahmi& Azlan.. Nasibah & ‘housemate’nya.. kitorang berborak pasal nie.. malam tue, baru aku tahu bagaimana rusuhan nie bermula..segala2nya kerana perasaan xpuas hati dengan pemimpin mereka.. isu  terputus bekalan makanan, harga kopi RM200 secawan, student Malaysia pulang dengan kos sendiri, kenapa kerajaan Malaysia xpegi ambik students kat sana macam dyorang pergi ambik students Malaysia kat Indonesia mase letusan gunung berapi tahun lepas  dll.. tapi hari ni, 2 Feb, ‘roommate’ku beritahu  yg perundingan untuk bawa balik students susah coz suasana huru-hara di sana.. pasal perintah bergelap, rayuan ibu bapa, bekalan terputus, hubungan terputus, gangguan perusuh, bank tutup & banyak lagi.. aku dapat rasa ketakutan students di sana sekarang..Afiqa, Shahizan & Iman.. hanya doa yang mampu ku hulur agar kalian selamat & terhindar dari perkara2 buruk & dapat pulang segera.. kuatkan semangatmu kawanku..

No comments:

Post a Comment